Wednesday, 17 July 2019

Lagu Patriotik

Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar. Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya.


Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini.

Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW)

Latihan Kem Tahunan Siri 1/2019
GabunganSkuadron 2 (Tengah) & Skuadron 3 (Selatan)
 70 Rejimen Pakar Janaelektrik RAJD (AW)



Latihan Kem Tahunan 70 Rejimen Pakar Janaelektrik RAJD (Askar Wataniah) akan diadakan setiap tahun selama 14 hari. Pada tahun ini diadakan pada 8-10 April 2019 (Latihan Teknikal) dan 11-22 April 2019 (Latihan Rejimental).

Latihan Rejimental pada tahun ini diadakan di Kem Mahkota, Kluang, Johor. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya kawad kaki, pertandingan kawad kaki, menembak, lawatan ke Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), pertandingan futsal, pertandingan bola tampar dan akhir sekali majlis makan malam (Rejimental)

ACARA KAWAD KAKI 



ACARA MENEMBAK



LAWATAN KE PASUKAN UDARA TENTERA DARAT (PUTD), KEM MAHKOTA




PERTANDINGAN FUTSAL & BOLA TAMPAR



MAJLIS MAKAN MALAM (REJIMENTAL)

Majlis makan malam merupakan majlis penutup bagi siri latihan kem tahunan :




BERAKHIRLAH LATIHAN KEM TAHUNAN 2019... SEHINGGA BERTEMU LAGI DI TAHUN DEPAN...

Lawatan Kelab Kilat Subang Jaya Ke Sabah


LAWATAN KELAB KILAT SUBANG JAYA KE SABAH



Assalamualaikum,

Hai! Blogpost kali ini abang nak buat sesi #Throwback tentang trip 3 hari 2 malam ke Sabah; Kota Kinabalu & Kundasang pada bulan Mac 2019 yang lepas bersama ahli Kelab Kilat Subang Jaya. Ahli Kelab Kilat Subang Jaya yang menyertai lawatan ini adalah seramai 90 orang, ramaikan... First time in charge untuk bawa ahli seramai ini ke tempat yang jauh dengan menaiki kapal terbang..Harap korang pun tabah melayan cerita abang, sebagai mana tabahnya abang menggodek gambar-gambar lama dari dalam laptop.. hihi
Day 1,


Sebaik saja sampai di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pukul 11 pagi bersama ahli rombongan, kami semua terus menaiki van dan bas sewa untuk terus bergerak ke Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB). Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ialah sebuah syarikat yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB mempunyai 2000 pekerja. SESB dimiliki bersama oleh Kerajaan Negeri Sabahdan Tenaga Nasional Berhad.




Day 2,


Masuk hari kedua kami terus ke Kundasang uolls. Kota Kinabalu ke Kundasang perjalanan sekitar 95km, kalau drive lebih kurang 2 jam 30 minit juga lah.

First stop kami adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Kalau korang tak tau, rumah terbalik di Sabah ni merupakan 'upside down house' pertama di Malaysia.




DESA CATTLE DAIRY FARM

Setelah selasai ke Rumah Terbalik, kita teruskan perjalanan ke Kundasang untuk pergi ke desa Cattle Dairy Farm. Kalau korang datang ke Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk ke 'New Zealand' Malaysia ni tau. Rugi kalau tak datang!



Ais Krim Susu Lembu Dia Terbaik!!!

MAKAN SEAFOOD DI MEDAN MAKANAN LAUT WATERFRONT KK


                                                             Terbaik Lobster Dia...hihihi

Sejujurnya, abang dah tak mampu nak mengingat apa nama medan seafood ni. Tapi apa yang pasti, tempat dia dekat dengan Waterfront KK & area Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. Kat situ ada pelbagai gerai makanan seafood untuk dipilih. Pelbagai jenis makanan laut yang besar-besar belaka, dan pelbagai menu masakan juga.

Happy Makanan Tiba....hihihi
Jangan Terliur...hahahah

Muka Kekenyangan...hahahaha
Day 3,

Hari terakhir di Sabah, adalah hari membeli-belah segala ole-oleh dan buah tangan untuk keluarga. Ecewahh. Padahal banyak beli untuk perut sendiri aje. Huhu. Memandangkan nak kena siap packing sebelum waktu check out pukul 12, abang kena shopping express supaya sempat balik semula ke hotel untuk siapkan bagasi.

Settle packing bagasi. Settle check out. Jom kita balik KL. Confirm abang nak pergi lagi sebab terlalu banyak tempat yang cantik, menarik, kau memang da bomb. See you again Sabah!

Tuesday, 16 July 2019

Pendakian Gunung Lambak


PENDAKIAN GUNUNG LAMBAK


Gunung Lambak merupakan salah satu gunung yang berada di Johor. Ketinggiannya cuma 510 meter (1673 kaki) dari aras laut. Ada yang review gunung nih tidaklah terlalu tinggi, tapi cukup untuk buat ABAM mengah walaupun baru memulakan pendakian... HA HA.


Ok, ada dua pintu masuk, satu masuk dari jambatan gantung, satu lagi dari tempat parking yang di bawah ni. Kami lalu jambatan gantung.



Tapak yang rata tidak selamanya rata, semakin bergerak, semakin mendaki tau ! Awal-awal memang jalan bersimen elok, nampak best je nak hiking sampai atas. Tapi lepas beberapa langkah, pendakian sebenar baru bermula. 


Perghh, agak mencabar... 

Memang betul-betul memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Masa naik tu, kena hati-hati melangkah satu persatu. Bila pegang something seperti kayu atau daun, pastikan akar tu kukuh, kalau tak... memang boleh terlepas dan terjatuh akibat tak seimbang...

Ada yang sampai terseliuh, maybe sebab tersalah step masa mendaki. So, dinasihatkan agar berhati-hati dengan langkah dan pergerakan semasa mendaki.

Oh, tali juga telah disediakan , maka gunakan sebaiknya. Di sinilah kekuatan tangan diuji, bila mana perlu berpaut pada tali untuk melangkah ke hadapan yang lebih tinggi


FINALLY!!!

Muka puas hati bila sampai ke puncak...hahahah



Ok, memandangkan kita pergi waktu weekend jadi sempat kita bergambar di atas tiang.. kalau pergi waktu weekend memang beratur nak bergambar atas tiang ni..heeee

Dengan ini, maka berakhirlah misi ke puncak Gunung Lambak, Johor! hihi ~

Untuk kesihatan, untuk jantung, untuk diri sendiri jugak bila do something yang berfaedah ni.

Anyone pernah hiking? Or memang hikerss? Share sikit experience .... Hehe
============================================


sebelum pulang kita isi perut dulu...hahahaha

Restoran Sajian Kopi Road


SAJIAN KOPI ROAD


Restoran Sajian Kopi Road

Aneka Menu
Nasi Lemak Pandan
Mee Bandung Muar



Waktu Operasi :
a)       Selasa Hingga Ahad
b)      Isnin : Tutup
c)       6.30 Pagi Hingga 2.00 Petang
d)      Lokasi : Jalan Kopi Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor (Kopiroad Café)

Kita Open DELIVERY Tengahari Runner start hantar Jam 12pm.
Nasi Lemak Pandan PANAS PANAS baruuu Masak.

NASI LEMAK PANDAN TELO MATA -Rm3
NASI LEMAK PANDAN SAMBAL SOTONG-Rm4.50
LONTONG TELO-Rm4
MEE KARI-Rm5
SOTO-Rm5
MEE BANDUNG UDANG-Rm8
MEE BANDUNG TELO-RM6.50

RUNNER start delivery jam 12-12.30 jom jom bole bagi order sekarang ye.

wasap.my/60132899542


TIPS MELAKUKAN SENAMAN DI GYM



Jogging menggunakan treadmill



















Bersenam di Gym merupakan trend masa kini untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Dapatkan tips sebelum bersenam di sini..

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana hendak memulakan senaman di GYM? Orang baru yang selalu menceburi bidang senaman di GYM selalunya akan dilatih oleh pelatih yang profesional yang mengendalikan GYM tersebut agar keselamatan diri anda. Anda tidak perlu risau, anda boleh bertanya apa sahaja mengenai kelengkapan di GYM yang ada.

Tapi anda juga perlu berjaga-jaga dengan teknik dan cara senaman yang betul. Jika salah cara senaman anda, dikhuatiri anda akan mudah tercedera dan menjadikan senaman anda itu hanya sia-sia.

Berikut adalah tips untuk anda membuat apabila berada di GYM.

1) Jangan Bersenam ketika perut anda kosong. Makanan yang sesuai adalah berkonsepkan kabohidrat yang membantu memproses membakar lemak anda. Ianya dikuatiri akan menjadi punca dan sebab tercederanya otot dengan mudah.

2) Penjagaan makanan amatlah penting untuk kesihatan dan bersenam. Tiada lagi amalan belasah sahaja makan yang anda dengan harapan, pergi gym boleh membakar lemak. Sebenarnya ianya akan membebankan tubuh badan anda dan menyebabkan anda cepat letih.

3) Penjadual senaman amat penting untuk mengekalkan kesihatan anda. Sentiasa konsisten. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu agar mendapat hasil seperti yang kita kehendaki.

4) Penggunaan alat yang betul kepada sesiapa yang melakukan senaman di gym. Dapatkan nasihat daripada jurulatih gym bertauliah yang disediakan terutama peralatan yang menggunakan mesin.

5) Memerlukan rehat yang mencukupi agar dapat menjalankan aktiviti senaman yang sempurna. Sekurang-kuranngnya 2 jam.

6) Sentiasa melakukan senaman yang berlainan untuk memberi impak yang stabil dan seimbang. Jangan lakukan aktiviti senaman yang sama dan menyebabkan ianya tidak seimbang.

7) Wajib melakukan pemanas badan agat tidak mudah tercedera terutama masalah hamstring. Lakukan 5-10 minit. Dapatkan nasihat pelatih bertauliah untuk melakukan pemanas badan.

8) Sentiasa meminum air masak untuk mengekal hidrasi dalam badan.

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Image result for motivasi pemakanan sihat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”












Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.



Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya


Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Gaya Hidup Sihat

"Health is not about your weight you lose.
                                     It's about the life you gain"





PENGENALAN

Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Setiap individu daripada pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan yang rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini, masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat ekoran daripada kesedaran bahawa penyakit kronik wujud daripada corak kehidupan yang tidak sihat.

Definisi dan Konsep Gaya Hidup Sihat

Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.

Manakala menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) pula mentakrifkan perkataan sihat sebagai: 
"Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif."
Menurut kajian Lyons dan Langille (2001), konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu kehidupan yang seimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.
Konsep dan Matlamat

Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.

Komponen-komponen Gaya Hidup Sihat

Mental - Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta menangani masalah dengan bijak.

Sosial - Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain-lain.

Emosi - Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan bukannya konstruktif.

Fizikal - Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Persekitaran - Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan bersama.

Spiritual - Memastikan keharmonian hubungan antara satu sama lain serta mempunyai tujuan dan hala tuju. Di samping itu, nilai, moral dan etika juga perlu dititikberatkan.

Tuesday, 9 July 2019

Majlis Mesra Aidilfitri





Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor pada 02 Julai 2019 di Dewan Perkim, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor


Perbarisan Perpisahan

Pada 01 Julai 2918, Selesai perbarisan perpisahan Kolonel (Kehormat) Datuk Seri Ir Azman bin Mohamad. Upacara perbarisan telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Ke-14 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Ahmad Nasir Haji Abd Rahman.