Tuesday, 16 July 2019

TIPS MELAKUKAN SENAMAN DI GYM



Jogging menggunakan treadmill



















Bersenam di Gym merupakan trend masa kini untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Dapatkan tips sebelum bersenam di sini..

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana hendak memulakan senaman di GYM? Orang baru yang selalu menceburi bidang senaman di GYM selalunya akan dilatih oleh pelatih yang profesional yang mengendalikan GYM tersebut agar keselamatan diri anda. Anda tidak perlu risau, anda boleh bertanya apa sahaja mengenai kelengkapan di GYM yang ada.

Tapi anda juga perlu berjaga-jaga dengan teknik dan cara senaman yang betul. Jika salah cara senaman anda, dikhuatiri anda akan mudah tercedera dan menjadikan senaman anda itu hanya sia-sia.

Berikut adalah tips untuk anda membuat apabila berada di GYM.

1) Jangan Bersenam ketika perut anda kosong. Makanan yang sesuai adalah berkonsepkan kabohidrat yang membantu memproses membakar lemak anda. Ianya dikuatiri akan menjadi punca dan sebab tercederanya otot dengan mudah.

2) Penjagaan makanan amatlah penting untuk kesihatan dan bersenam. Tiada lagi amalan belasah sahaja makan yang anda dengan harapan, pergi gym boleh membakar lemak. Sebenarnya ianya akan membebankan tubuh badan anda dan menyebabkan anda cepat letih.

3) Penjadual senaman amat penting untuk mengekalkan kesihatan anda. Sentiasa konsisten. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu agar mendapat hasil seperti yang kita kehendaki.

4) Penggunaan alat yang betul kepada sesiapa yang melakukan senaman di gym. Dapatkan nasihat daripada jurulatih gym bertauliah yang disediakan terutama peralatan yang menggunakan mesin.

5) Memerlukan rehat yang mencukupi agar dapat menjalankan aktiviti senaman yang sempurna. Sekurang-kuranngnya 2 jam.

6) Sentiasa melakukan senaman yang berlainan untuk memberi impak yang stabil dan seimbang. Jangan lakukan aktiviti senaman yang sama dan menyebabkan ianya tidak seimbang.

7) Wajib melakukan pemanas badan agat tidak mudah tercedera terutama masalah hamstring. Lakukan 5-10 minit. Dapatkan nasihat pelatih bertauliah untuk melakukan pemanas badan.

8) Sentiasa meminum air masak untuk mengekal hidrasi dalam badan.

No comments:

Post a Comment