Tuesday, 16 July 2019

Pendakian Gunung Lambak


PENDAKIAN GUNUNG LAMBAK


Gunung Lambak merupakan salah satu gunung yang berada di Johor. Ketinggiannya cuma 510 meter (1673 kaki) dari aras laut. Ada yang review gunung nih tidaklah terlalu tinggi, tapi cukup untuk buat ABAM mengah walaupun baru memulakan pendakian... HA HA.


Ok, ada dua pintu masuk, satu masuk dari jambatan gantung, satu lagi dari tempat parking yang di bawah ni. Kami lalu jambatan gantung.



Tapak yang rata tidak selamanya rata, semakin bergerak, semakin mendaki tau ! Awal-awal memang jalan bersimen elok, nampak best je nak hiking sampai atas. Tapi lepas beberapa langkah, pendakian sebenar baru bermula. 


Perghh, agak mencabar... 

Memang betul-betul memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Masa naik tu, kena hati-hati melangkah satu persatu. Bila pegang something seperti kayu atau daun, pastikan akar tu kukuh, kalau tak... memang boleh terlepas dan terjatuh akibat tak seimbang...

Ada yang sampai terseliuh, maybe sebab tersalah step masa mendaki. So, dinasihatkan agar berhati-hati dengan langkah dan pergerakan semasa mendaki.

Oh, tali juga telah disediakan , maka gunakan sebaiknya. Di sinilah kekuatan tangan diuji, bila mana perlu berpaut pada tali untuk melangkah ke hadapan yang lebih tinggi


FINALLY!!!

Muka puas hati bila sampai ke puncak...hahahah



Ok, memandangkan kita pergi waktu weekend jadi sempat kita bergambar di atas tiang.. kalau pergi waktu weekend memang beratur nak bergambar atas tiang ni..heeee

Dengan ini, maka berakhirlah misi ke puncak Gunung Lambak, Johor! hihi ~

Untuk kesihatan, untuk jantung, untuk diri sendiri jugak bila do something yang berfaedah ni.

Anyone pernah hiking? Or memang hikerss? Share sikit experience .... Hehe
============================================


sebelum pulang kita isi perut dulu...hahahaha

No comments:

Post a Comment