LAWATAN KELAB KILAT SUBANG JAYA KE SABAH
Assalamualaikum,
Hai! Blogpost kali ini abang nak buat sesi #Throwback tentang trip 3 hari 2 malam ke Sabah; Kota Kinabalu & Kundasang pada bulan Mac 2019 yang lepas bersama ahli Kelab Kilat Subang Jaya. Ahli Kelab Kilat Subang Jaya yang menyertai lawatan ini adalah seramai 90 orang, ramaikan... First time in charge untuk bawa ahli seramai ini ke tempat yang jauh dengan menaiki kapal terbang..Harap korang pun tabah melayan cerita abang, sebagai mana tabahnya abang menggodek gambar-gambar lama dari dalam laptop.. hihi
Day 1,
Sebaik saja sampai di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pukul 11 pagi bersama ahli rombongan, kami semua terus menaiki van dan bas sewa untuk terus bergerak ke Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB). Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ialah sebuah syarikat yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB mempunyai 2000 pekerja. SESB dimiliki bersama oleh Kerajaan Negeri Sabahdan Tenaga Nasional Berhad.
Day 2,
Masuk hari kedua kami terus ke Kundasang uolls. Kota Kinabalu ke Kundasang perjalanan sekitar 95km, kalau drive lebih kurang 2 jam 30 minit juga lah.
First stop kami adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Kalau korang tak tau, rumah terbalik di Sabah ni merupakan 'upside down house' pertama di Malaysia.
DESA CATTLE DAIRY FARM
Setelah selasai ke Rumah Terbalik, kita teruskan perjalanan ke Kundasang untuk pergi ke desa Cattle Dairy Farm. Kalau korang datang ke Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk ke 'New Zealand' Malaysia ni tau. Rugi kalau tak datang!
![]() |
Ais Krim Susu Lembu Dia Terbaik!!! |
Terbaik Lobster Dia...hihihi
Sejujurnya, abang dah tak mampu nak mengingat apa nama medan seafood ni. Tapi apa yang pasti, tempat dia dekat dengan Waterfront KK & area Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. Kat situ ada pelbagai gerai makanan seafood untuk dipilih. Pelbagai jenis makanan laut yang besar-besar belaka, dan pelbagai menu masakan juga.
![]() |
Happy Makanan Tiba....hihihi |
![]() |
Jangan Terliur...hahahah |
![]() |
Muka Kekenyangan...hahahaha |
Day 3,
Hari terakhir di Sabah, adalah hari membeli-belah segala ole-oleh dan buah tangan untuk keluarga. Ecewahh. Padahal banyak beli untuk perut sendiri aje. Huhu. Memandangkan nak kena siap packing sebelum waktu check out pukul 12, abang kena shopping express supaya sempat balik semula ke hotel untuk siapkan bagasi.
Settle packing bagasi. Settle check out. Jom kita balik KL. Confirm abang nak pergi lagi sebab terlalu banyak tempat yang cantik, menarik, kau memang da bomb. See you again Sabah!
No comments:
Post a Comment